Pasukan terhebat dengan kemahiran ketukangan terunggul

Proses membina reputasi adalah pemangkin perkembangan perniagaan kami

Platinum Creative Sign Solution ditubuhkan pada 2010. Dengan struktur pengurusan yang mantap, kemahiran ketukangan dan pasukan perkhidmatan yang hebat, kami terkenal sebagai pengilang papan iklan yang paling komprehensif dalam industri papan iklan di Malaysia.
Kilang kami bertapak di Rawang, Selangor, Malaysia. Ia merupakan sebuah kilang bersaiz sederhana di kawasan perindustrian ringan, dengan keluasan kira-kira 10,000 kaki persegi, dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan.
Gudang kami terletak di Puchong, Kuala Lumpur, dengan keluasan kira-kira 1,500 kaki persegi. Pejabat Urusan dan Bahagian Reka Bentuk kami pula bertempat di Kepong, Kuala Lumpur. Kami menerima tempahan projek daripada pelanggan di sekitar kawasan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Selanjutnya

Papan Iklan kami disertai dengan jaminan kualiti selama 2 tahun

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

4 Jaminan Utama

Kami Memberikan 4 Jaminan Utama & Khidmat Selepas Jualan Untuk Pelanggan

Kebanyakan syarikat akan menyerahkan projek yang diterima kepada kilang lain melalui penyumberan luar. Syarikat seperti ini biasanya tidak akan menawarkan khidmat selepas jualan jika timbulnya sebarang masalah selepas pemasangan.
Syarikat kami juga merupakan pengilang papan iklan yang menyediakan perkhidmatan sehenti untuk melengkapkan seluruh projek dengan sendiri, bermula dari reka bentuk sehingga pemasangan. Hal ini dapat menjanjikan 4 jaminan penting kepada anda:
Icons-01

Cepat dan cekap

Projek anda mungkin tergendala jika anda membuat tempahan melalui pihak ketiga (orang tengah). Namun jika anda berurusan secara langsung dengan kami, anda akan berjiwa tenang kerana projek anda akan berjalan dengan lancar, cepat dan cekap. Lebih-lebih lagi, kami mampu menerima dan menyempurnakan projek segera dalam jangka masa yang pendek.
Icons-02

Harga berpatutan

Anda akan menerima papan iklan yang menyerlahkan imej jenama dengan harga yang lebih rendah jika anda berurusan secara langsung dengan kami, tanpa melalui orang tengah.

Icons-03

Pasukan sendiri

Sesetengah syarikat akan menyerahkan kerja pemasangan kepada kontraktor melalui penyumberan luar, dan terpaksa mengikut jadual kontraktor. Dengan adanya pasukan pemasangan sendiri, kami boleh menjadualkan tarikh pemasangan pada bila-bila masa.
Icons-04

Khidmat selepas jualan

Tiada pihak yang akan menyediakan khidmat selepas jualan jika syarikat berkenaan menyerahkan kerja pembuatan kepada kilang lain dan kerja pemasangan kepada kontraktor lain. Kami menyediakan perkhidmatan sehenti dari A hingga Z, dengan perkhidmatan sokongan selepas jualan yang menjanjikan kepuasan pelanggan.

Galeri kami

Lihat Lagi

Kami mampu menghasilkan apa jua jenis papan iklan yang anda inginkan, dan jauh lebih indah daripada jangkaan anda!

Hubungi Kami