Mengenai Kami

Pengilang Papan Iklan Yang Menjadi Pilihan Jangka Panjang Jenama Antarabangsa Terkemuka

Platinum Creative Sign Solution (0028735-W) merupakan pengilang papan iklan yang terkenal di Malaysia. Pelanggan tetap kami termasuk beberapa kumpulan syarikat rangkaian berjenama antarabangsa. Kami berjaya membina reputasi unggul dalam pasaran dengan kemahiran ketukangan dan perkhidmatan berkualiti.

Kami memiliki kilang pembuatan papan iklan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan mesin yang canggih, pasukan berpengalaman dan keunggulan ketukangan. Malahan, kami sentiasa berkhidmat dengan sepenuh hati untuk menyediakan perkhidmatan papan iklan yang komprehensif dan sehenti dari A hingga Z.

Platinum Creative Sign Solution bertapak kukuh di pasaran, dan mendahului pesaing dalam industri dari segi ketukangan dan perkhidmatan. Kami juga merupakan kontraktor papan iklan terlantik untuk beberapa syarikat rangkaian terkenal, dan diakui sebagai syarikat pengilang papan iklan dengan kehebatan ketukangan tersendiri.

Perkhidmatan Sehenti

Kami menerima tempahan projek dan membuat papan iklan di kilang milik sendiri

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan sehenti dan memiliki kilang pembuat papan iklan. Pasukan kami mampu menyempurnakan seluruh projek, bermula dari mengukur, mereka bentuk, mencetak sehingga memasang.
Kelebihan penyempurnaan seluruh projek oleh pasukan sendiri

Kawalan kualiti

Kami dapat memantau seluruh proses pengeluaran dan mengawal kualiti setiap papan iklan, tanpa mengira mahal atau murah harganya, berdasarkan penilaian kami terhadap keindahan dan kualiti papan iklan. Kawalan kualiti yang ketat mustahil dapat dilakukan jika kami mengamalkan penyumberan luar.

Khidmat selepas jualan

Kebanyakan syarikat akan menyerahkan kerja pemasangan papan iklan kepada kontraktor. Sedangkan kontraktor hanya akan memberikan perkhidmatan susulan berdasarkan jadual mereka. Pasukan pemasangan kami sentiasa bersedia untuk menyediakan perkhidmatan susulan yang cekap dan segera.

qc-icons

Icons-6

Menghasilkan papan iklan yang menarik dengan kehalusan pertukangan dan keunggulan ketukangan

Pasukan tukang papan iklan kami amat berpengalaman, dan mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pembuatan papan iklan. Mereka berupaya menghasilkan papan iklan yang sama seperti lakaran reka bentuk berdasarkan kehalusan pertukangan dan keunggulan ketukangan masing-masing.

Selain keunggulan ketukangan, kemudahan mesin dan peralatan yang sesuai juga diperlukan untuk menghasilkan papan iklan yang menarik. Tukang papan iklan kami berusaha untuk menyempurnakan setiap perincian dengan penuh teliti berpandukan kepakaran pertukangan dan penggunaan mesin atau peralatan.

Setiap papan iklan yang siap dibuat akan diperiksa oleh tukang berpengalaman dengan teliti sebelum pemasangan, bagi memastikan setiap aspek papan ikan memenuhi standard, antaranya termasuk kehalusan pertukangan, penyambungan wayar, serta keteguhan dan keselamatan struktur papan iklan.

Muat turun profil syarikat kami

Berkhidmat dengan sepenuh hati

Setiap pelanggan akan dilayan dengan sama rata, tanpa mengira saiz projek

Sesetengah syarikat mungkin bersikap memilih dan enggan menerima projek kecil yang tidak menguntungkan. Kami pula sentiasa memberikan layanan saksama kepada semua pelanggan, dan menjalankan pengukuran di premis perniagaan (syarikat atau kilang) anda, tanpa mengira saiz projek.

Pasukan perkhidmatan kami yang bertugas di barisan hadapan sangat berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan sehenti, antaranya termasuk mengadakan kunjungan ke premis perniagaan untuk meneliti dan mendapatkan ukuran yang jitu, serta berkongsi maklumat atau nasihat berkenaan aspek konsep perniagaan dan imej jenama pada papan iklan.