Perkhidmatan
Aliran Kerja
Sebagai sebuah syarikat pengilang papan iklan yang profesional, kami telah menggariskan aliran kerja yang lengkap dan profesional untuk memastikan setiap projek disempurnakan mengikut prosedur yang standard, tanpa mengira saiz projek. Aliran kerja kami adalah seperti berikut:

Lawatan tapak
Pasukan kami akan mengadakan kunjungan ke premis perniagaan (syarikat atau kilang) anda untuk meneliti dan mendapatkan ukuran papan iklan dan ruang pemasangan yang jitu;

Perancangan projek
Selepas membuat perancangan yang rapi, kami akan menjelaskan kepada anda tentang bahan dan struktur papan iklan yang dipilih, di samping itu menetapkan tempoh pembuatan dan tarikh pemasangan;

Penghasilan reka bentuk
Pereka grafik kami yang berpengalaman akan mereka bentuk papan iklan yang eksklusif yang dapat menyerlahkan imej jenama anda berdasarkan permintaan anda;

Pembuatan papan iklan
Setelah lakaran reka bentuk diterima, tukang papan iklan dari kilang kami akan menghasilkan papan iklan yang menarik dengan kehalusan pertukangan mereka;

Pemasangan papan iklan
Kami memiliki pasukan juruteknik pemasangan dan juruelektrik tersendiri untuk menjalankan kerja pemasangan papan iklan. Jentera pengangkat/kren diperlukan untuk pemasangan papan iklan yang besar;
Jenis Papan Tanda
Kami mampu menghasilkan apa jua jenis papan iklan yang anda inginkan, dan jauh lebih indah daripada jangkaan anda!
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk papan iklan di pasaran. Platinum Creative Sign Solution mengkhusus dalam pembuatan papan iklan yang paling popular buat masa sekarang seperti berikut.
LED light box
3D Backlit Signage
3D Frontlit Signage
Metal Signboard
Stainless Steel 3D Letters LED
Aluminum 3D Letters
Indoor Signage
Laser Cut-out Acrylic
*Tidak dapat disenaraikan semua di sini kerana jenisnya terlalu banyak. Sila hubungi kami jika papan iklan yang anda inginkan tidak tersenarai di atas.
